Salam, setelah sekian lama menyepi, hari ni rasa gatal pula tangan hendak menulis dalam blog ni.. hehe..
Pape pun, aku berasa amat sedih dan berdukacita dengan kejadian yang menimpa adik Dirang, sungguh tidak berperikemanusiaan sesiapa yang melakukannya dan aku amat berharap pihak berkuasa akan segera mendakwa mereka yang melakukannya. sebab itulah ada yang mengatakan bahawa dalam kalangan binatang, tiada manusia tetapi dalam kalangan manusia, ada binatang. Takziah untuk keluarga adik Dirang dan diharap terus tabah dengan musibah ini, sesungguhnya Allah lebih menyayanginya...
lepas adik Dirang, ada lagi kes culik yang berlaku dan semalam, adik Nur Fatihah pulak yang menjadi mangsa, xdapat aku bayangkan bagaimana perasaan ibu bapanya. YA ALLAH, SELAMATKAN ADIK NUR FATIHAH, AMIN...
Sedih, bimbang, geram, marah semuanya bercampur dalam diri aku, kerana aku juga ada anak. Aku berharap keluarga adik Nur Fatihah terus bersabar dan berdoa untuk keselamatannya, perbanyakkanlah bacaan Yaasin kerana Yaasin bukan untuk mereka yang telah pergi meninggalkan kita sahaja. Insya-Allah, adik Nur Fatihah dalam lindungan-Nya...