Ada laporan beberapa blog merumuskan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin lebih menyerlah berbanding Naib Presiden Pas, Husam Musa ketika sesi wacana Transformasi Politik Malaysia di Kota Bharu, baru-baru ini.
Tetapi isu yang lebih besar ialah Husam dilihat telah terperangkap dengan asakan Khairy terutama isu pelaksanaan hukum hudud dan qisas.
Kenyataan Husam bahawa Pas akan tetap melaksanakan hukum tersebut telah menggoncang parti itu dan lebih panas ialah reaksi balas daripada sekutu Pakatan Rakyat iaitu DAP.
Ketika Pas mengambil strategi untuk berdiam berhubung isu hudud bagi menjaga sokongan bukan Melayu terutama selepas pilihanraya umum Mac lalu, Husam pula memberi bola tanggung.
Yang lebih menjadi persoalan ialah pendirian tidak konsisten Husam selepas kenyataannya itu apatah lagi setelah menerima bantahan DAP. Husam kemudian menyatakan, Pas hanya akan melaksanakan hudud setelah mendapat persetujuan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Nada Pas juga berubah. Menurut Ketua Dewan Ulama, Mohamed Daud, pelaksanaan hudud bukan menjadi keutamaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambilalih pemerintahan negara. Sedangkan Pas sebelum ini berjanji tidak akan berkompromi mengenainya.
Realitinya kini Pas sudah tidak memerlukan hudud sebagai modal politik. Berdasarkan pilihan raya umum lalu, Pas kelihatan lebih diterima kerana kurang memperkatakan di peringkat kempen nasional tentang hudud kecuali di Kelantan dan Terengganu. Untuk apa Pas mempertaruhkan isu hudud lagi jika tanpanya, ia boleh meraih sokongan lebih besar?
Jika dikaji, Pas sebenarnya tidak pernah menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan hudud biarpun telah lama memerintah Kelantan. Ini termasuk di negeri yang baru dipimpin parti itu di Kedah dan Perak selain kerajaan campuran Selangor. Pasti ada sahaja alasan diberi untuk mewajarkan ketidaksungguhan Pas.
Realitinya lagi, Pas sudah berubah dan terpaksa berubah. Pas semakin liberal dengan mencontohi pendekatan UMNO. Parti itu tidak lagi berfahaman ekstrem atau ultra sebagaimana keghairahan melabel kaum lain sebagai kafir dan menuduh UMNO murtad kerana bekerjasama dengan parti bukan Melayu.
Pemimpin Pas juga tidak lagi komited untuk menutup pusat arak, maksiat dan perjudian – tidak seperti yang dilaung-laungkan selama ini.
Kuasa yang sudah ada sebahagiannya pada Pas dan impian untuk mendapatkan lebih banyak kuasa, makin menggoda parti itu kepada pendekatan liberal. Jangan terkejut jika prinsip asal perjuangan penubuhan negara Islam akan berkubur berdasarkan percaturan politik terkini Pas.
Yang kelihatan lebih konsisten dan tidak pernah berganjak ialah DAP termasuk kemampuan parti itu untuk mencorakkan sedikit sebanyak perubahan Pas termasuk dalam isu pelaksanaan hudud. Tepuk dada tanya selera.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
- dipetik daripada utusan malaysia online -
Sunday, 28 December 2008
Gunakan Hak Anda
Pilihanraya Kecil Parlimen P036 Kuala Terengganu akan dijalankan pada 17 Januari 2009. Jadi gunakan hak anda sebagai pengundi, turunlah mengundi dan undilah parti yang boleh menjanjikan masa depan yang terjamin, bukan sahaja untuk kita, tetapi untuk generasi kita juga. Barisan Nasional (BN) telah memerintah negara kita dengan cemerlang selama 51 tahun dengan pelbagai pembangunan samada dari segi rohani, jasmani serta material. Janganlah hanya kerana sedikit kesilapan, kita menghukum kerajaan yang telah banyak membantu rakyatnya.
Tiada siapa yang tidak melakukan kesilapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)