[Pengertian qazaf]
SOALAN 1 :
Apakah pengertian qazaf?
JAWAPAN : Para ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan qazaf seperti berikut :
- Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah[1], iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad, qazaf ialah ‘menuduh seseorang melakukan zina atau liwat’[2].
- Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah ‘menuduh seseorang melakukan zina sahaja’[3]. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukuman qazaf[4]. Hukumannya ialah ta’zir (تعزير)[5].
[Aduan mangsa rogol atau liwat yang disokong empat saksi]
SOALAN 2 :
Adakah seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, boleh dikenakan hukuman qazaf?