Dalam kehidupan kita sehari-harian, pelbagai peluang datang samada kita sedari dan tidak sedari. Namun, kita sentiasa sedar dan ingin merubah kehidupan kita dari kurang baik kepada lebih baik, daripada susah kepada senang.
Kita juga sentiasa mempunyai impian, dari kecil hinggalah dewasa malah hingga ke umur emas pun, kita tetap mempunyai impian. Namun, kekadang, impian kita itu, terpaksa kita kuburkan kerana ketidakmampuan kita untuk mencapainya.
Kenapa ini terjadi? Ramai orang dapat atau mampu mencapai impian mereka, mengapa kita tidak? Sudahkah kita memuhasabah diri kita. Renungkan kembali, apakah kita sudah berusaha untuk mencapai impian kita? Apakah program atau aktiviti yang kita lakukan hari ini dapat membantu kita mencapai impian kita?
Pelbagai soalan perlu ditanya kepada diri kita. Pilihan mestilah tepat.
hubungi: 0133319774 untuk maklumat lanjut.
Wednesday, 13 May 2009
Tuesday, 12 May 2009
Politik... oh Politik...
Sedih hatiku melihat suasana politik di negara kita hari ni... Apakah kesudahannya???
Orang luar asyik melihat kita bergaduh sesama sendiri... Memang beginilah yang mereka mahukan. Malaysia aman, makmur dan membangun sepanjang 50 tahun selepas merdeka. Sudah lumrah manusia, tidak boleh lihat orang lain senang. Ditambah pula Malaysia sebuah negara yang majoriti rakyatnya adalah beragama Islam, dan Al-Hamdulillah kerajaan yang memerintah pula sentiasa memelihara kesucian agama Allah ini.
Adakah semua rakyat sedar???
Kerajaan yang memerintah negara kita ini, membina masjid, membina sekolah, membina Pusat Islam, menyediakan peruntukan yang banyak sekali untuk perkembangan agama Islam.
Aku bersyukur dilahirkan di Malaysia. Selama lebih daripada suku abad aku menghirup udara segara dan mengecapi nikmat keamanan di negara ini. Bukankah ini daripada usaha sebuah kerajaan yang terbaik. Allah menyuruh hambanya berusaha untuk mencapai kebahagiaan. Kerajaan kita telah berusaha untuk memberikan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada rakyatnya. Sepatutnya rakyat di negara ini perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dengan menyokong dasar-dasar kerajaan.
Rakyat mempunyai hak. Hak untuk memilih kerajaan mana yang patut memerintah negara. Namun rakyat sepatutnya bertimbang rasa, kerajaan yang ada pada hari ini menjaga kita sejak dari dalam perut hinggalah mati. Sekiranya kita menjaga anak kita, sejak dari dalam perut, hinggalah dewasa, akan tetapi bila anak kita dewasa, dia membelakangkan kita, kita sedih dan kecewa, malah ada sesetengah ibu bapa sampai tak nak mengaku anak. Tetapi kerajaan kita tidak, apa sahaja yang kita lakukan, memfitnah, memburukkan, cuba menjatuhkan dan pelbagai lagi keburukkan yang kita lakukan, kerajaan tetap menjaga kita, memelihara kita, melindungi kita, menyara kita....
jadi, fikir-fikirkanlah...

Subscribe to:
Posts (Atom)