Dengan permohonan maaf dan penafian terkini yang dibuat oleh media dari Australia berkenaan isu anak Perdana Menteri yang didakwa membeli belah di negara tersebut, ia sekaligus menunjukkan kepada kita bahawa pembangkang di dalam negara memang suka memfitnah pemimpin kerajaan.
Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis Perdana Menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones yang merupakan antara gedung terbesar di Australia. Laporan bertajuk ?Delegates go shopping and sightseeing? dipetik meluas di blog-blog pembangkang, termasuk dalam akhbar web rasmi PKR Keadilandaily.