Sedikit pendapat ingin saya ungkapkan, semoga mendapat perhatian sidang pembaca yang budiman. Fikirkan dengan sebaik mungkin dan jangan hanya berpandukan nafsu semata-mata.
Kita sebagai hamba Allah diharamkan menyekutukan-Nya. Ini bermakna Allah telah menunjukkan kepada kita bahawa di dunia ini, hanya Allah sahaja yang berkuasa, tiada yang lebih berkuasa daripada-Nya. Bayangkanlah tuan-tuan sekalian, jika ada lebih dari satu tuhan, bagaimanakah dunia kita pada hari ini.
Bentuk yang lebih mudah untuk difikirkan... Lelaki dijadikan Allah sebagai pemimpin dalam sesebuah keluarga. Perempuan pula tidak boleh berkahwin lebih dari seorang suami. Bayangkan tuan-tuan, dalam sebuah keluarga ada dua suami, bagaimana jadinya.
Begitu juga dalam sesebuah negara, hanya terdapat seorang pemimpin yang akan memimpin hala tuju negara yang dipimpinnya. Bayangkan apa akan jadi jika terdapat dua orang perdana menteri dalam sesebuah negara?
Akan tetapi, cuba tuan-tuan fikirkan apa yang terjadi dalam sebuah parti di negara kita yang mengatakan bahawa mereka memperjuang Agama Islam... Apabila Presidennya mengusulkan sesuatu yang baik, tetapi ditentang oleh seorang yang hanya berjawatan Mursyidul Am. Dan apabila Mursyidul Am menentang, boleh dikatakan majoriti ahli dan penyokong parti itu menyokongnya.. Alangkah sedihnya seorang yang berjawatan Presiden atau orang nombor satu dalam parti yang dipimpinnya bagaikan tiada kuasa dan suara dalam membawa hala tuju partinya yang dipimpinnya sendiri. Malah, Mursyidul Am pula yang lebih berkuasa. Apakah dalam parti tersebut, Presiden dan Mursyidul Am mempunyai kuasa yang sama? Jika begitu hal dan keadaannya, maka parti itu mempunyai dua pemimpin yang mempunyai kuasa yang sama. Ibarat sebuah bahtera yang mempunyai dua nakhoda. Ke manakah hala tujunya??? Ke syurga atau ke??? Fikir-fikirkanlah...