Wednesday, 9 March 2011

Bunuh Diri Di Wisma Persekutuan Kuala Terengganu


Kejadian ini berlaku di Kuala Terengganu, negeri aku sendiri. Terkejut aku sehingga terasa malas nak menulis berkenaan isu ini. Sedih kerana ia dilakukan oleh saudara seIslamku sendiri.

Namun hari ni, aku terpanggil untuk menulis bagi menyedarkan aku dan teman-teman sekalian, bahawa tindakan ini tidak akan membantu menyelesaikan masalah, malah ia memberikan lebih banyak masalah di mana keluarga sendiri akan menanggung malu. Bunuh diri bukan satu dosa kecil, malah dosa yang amat besar sehingga ada kes bunuh diri yang aku tahu, hukuman Allah bukan sahaja di akhirat nanti, malah di dunia di mana bumi Allah ini pun bagaikan tidak mahu menerima mayat bunuh diri.

Maka ingatlah, nyawa adalah satu amanah Allah. Sayangilah nyawa.

Monday, 7 March 2011

Petrol RON 95 kurang selamat???

Kebelakangan ini banyak kemalangan yang berlaku berakhir dengan kenderaan yang terlibat terbakar sekaligus menyebabkan mangsa rentung.

Rata-rata mereka yang aku temui menyatakan penyebab kepada berlakunya perkara tersebut adalah petrol RON 95, entahkan betul entahkan tidak. Tapi logiknya ada, sebab sebelum petrol RON 95 diperkenalkan, jarang-jarang kejadian kenderaan yang terlibat kemalangan terbakar. Tetapi kita tak boleh berpegang kepada logik sahaja sebab segala yang berlaku telah ditetapkan sejak azali lagi.

Cuma aku berharap kepada semua pemandu agar lebih berhati-hati semasa memandu. Elakkan kita daripada menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan tidak kira laa kemalangan maut ataupun tidak..

Sunday, 6 March 2011

Tuan Guru Haji Hadi Dalam Bahaya!!!!!!


Anwar merancang untuk menjatuhkan kepimpinan TG Haji Hadi selepas 3 kekalahan PRK berturut-turut yang mana ketiga-tiga PRK tersebut ditandingi oleh PAS...

Apakah ia akan berjaya????

BN kekalkan DUN Merlimau dan Kerdau

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi bagi DUN Merlimau dan DUN Kerdau dalam Pilihanraya Kecil semalam. Malah BN juga memenangi kedua-dua PRK tersebut dengan majoriti yang lebih besar. Keadaan ini menunjukkan rakyat masih ingin BN memerintah dan berkuasa di Malaysia. Hanya mereka yang tidak mengerti erti keamanan dan perpaduan sahaja ingin selain dari BN berkuasa.

Tapi aku sedikit kecewa apabila semalam sewaktu aku dalam perjalanan pulang ke Terengganu daripada Melaka, sewaktu singgah di Petronas Segamat, sekumpulan anak muda menaiki proton Wira memakai baju yang tertera gambar calon PAS untuk PRK DUN Kerdau. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran mereka... Tidak terbayangkah mereka bagaimana kerajaan BN yang berkuasa sejak daripada negara merdeka menjaga keamanan sehingga mereka dapat dilahirkan dengan selamat oleh ibu mereka, dapat belajar dan merasai nikmat keamanan...

Tidak terbayangkah oleh mereka, sekiranya mereka mempunyai anak, mereka belai, jaga, beri makan, beri duit belanja, beri keselamatan sehingga anak mereka besar, kemudian anak mereka menyepak dan menerajang mereka. Si Tanggang pun di sumpah oleh ibunya sehingga menjadi batu. Tetapi apakah tindakan kerajaan terhadap mereka??? Zalim lagikah kerajaan BN yang memerintah Malaysia...

Apakah mereka yang hanya berceramah, kemudian mengutip derma yang dianggap jihad tetapi langsung tidak membantu mereka untuk mencari pendapatan itu tidak zalim???

Saturday, 5 March 2011

GENERASI PROTON PAHLAWAN

Dua generasi Proton Pahlawan kini telah berada di pasaran, Proton Jebat (Inspira) dan Proton Saga FL (Kasturi). Sekarang ni aku tengah menunggu proton keluarkan Proton Tuah yang sedikit sebanyak membuatkan aku berasa bangga dan nak beli..

Ternyata Proton telah cuba memberikan kepuasan kepada rakyat Malaysia, namun aku rasa masih ramai yang tidak bangga dengan model keluaran Proton, tak tahu lah kenapa???


ANAK KECIL MAIN API

Lagu Anak Kecil Main Api ini cukup memberikan
kesedaran kepada aku...
Setiap kali aku nyanyikan lagu ini, hati aku sarat
dengan perasaan bimbang, bimbang memikirkan
masa depan anak cucu aku di masa akan datang
sekiranya Melayu tidak lagi berkuasa...

Aku langsung tiada keyakinan nasib Melayu akan
dibela sekiranya PAS memerintah negara, apatah
lagi hakikatnya PAS tidak mungkin memegang
tampuk pemerintahan negara...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang



Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri


Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Friday, 4 March 2011

Kisah Lucu - 3 anak dara

Di sebuah negeri, tinggal sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Kini anak dara mereka telah mencapai umur yang sesuai untuk dikahwinkan. Risau anak dara mereka tidak laku, maka si ayah mencarikan jodoh untuk anak-anak daranya itu. Maka, majlis perkahwin telah dijalankan serentak.

Setelah seminggu berkahwin, menantu-menantu telah membawa isteri masing untuk berbulan madu. Si ayah dan ibu telah berpesan kepada anak-anak mereka supaya menghantar berita bulan madu mereka secara ringkas tetapi mempunyai maksud yang mudah difahami...

Setelah 2 hari, anak pertama telah mengirimkan surat, apabila dibuka, tertera perkataan nescafee, maka si ayah dan ibu segera merujuk kepada iklan nescafee yang menyebut "nikmatnya tidak terhingga". Maka si ayah dan ibu pun tersenyum.

3 hari kemudian, surat daripada anak kedua pula tiba, apabila dibuka, tertera Standard Chartered Bank, maka si ayah dan ibu merujuk kepada iklan Standard Chartered Bank yang menyebut "besar, teguh dan peramah", sekali lagi si ayah dan ibu tersenyum.

Kini mereka menunggu surat daripada anak yang ketiga, namun setelah seminggu berlalu, tiada surat daripada anak ketiga mereka sampai. Setelah genap dua minggu, anak ketiga pulang daripada berbulan madu, terus memberikan sekeping poskad kepada ibunya, poskad tersebut tidak diconteng langsung. si ibu merasa amat kecewa dan sedih lalu mencampakkan poskad tersebut, namun si ayah mengutipnya dengan hairan lalu menunjukkan gambar yang dicetak pada poskad tersebut. Sebuah kapal terbang Boeing 747 MAS, kemudian barulah mereka faham maksud anak mereka lalu merujuk kepada iklan Malaysian Airlines System (MAS), tersentak si ayah dan ibu apabila iklan tersebut menyatakan "tiga kali sehari, tujuh hari seminggu".

ayah: patutlah poskad kosong, tak sempat nak tulis.
ibu: teruklah anak kita bang....

Thursday, 3 March 2011

DI MANAKAH PENDIRIAN???

Dimanakah pendirian???
Satu persoalan yang cukup sukar untuk aku jawab ketika ini. Bingung memikirkan bagaimanakah satu kebenaran yang cuba ditegakkan dikatakan suatu usaha menjatuhkan dan satu kebatilan yang cuba diubah menjadi kebenaran diterima sebagai kebenaran dan tidak boleh disangkal.
Beginilah angkara politik sempit sampaikan minda tidak mampu untuk membezakan antara kebenaran dan kebatilan. perbandingannya begini:
A adalah musuh politik B dan sekutu politik C, si A telah dihentam, dibidas, dihina, dikutuk dan dilempar dengan pelbagai tuduhan oleh B dan dipercayai penyokong B, setelah C percaya dengan pelbagai tuduhan B dan menghukum A, B pula menyanjung dan membela A dan mengatakan C menipu dan berbohong. Keadaan ini pun dipercayai oleh penyokong B. Malah sesiapa sahaja yang cuba menyokong C akan dituduh penipu dan pembohong serta pemfitnah.
Inilah yang menyebabkan timbulnya persoalan dimanakah pendirian B dan penyokongnya...

Tuesday, 1 March 2011

Saman... Oh saman...

YB. Datuk Seri Hishamuddin mengumumkan tempoh pemberian diskaun saman trafik dilanjutkan hingga 10 Mac 2011...

Kalau buat pengumuman lebih awal kan lebih baik, xdelaa rakyat kelam kabut... pihak kerajaan perlu lebih prihatin dengan isu ini.. motto rakyat didahulukan perlu diperkasakan...

Rakyat pulak janganlaa asyik nak salahkan pihak kerajaan, saman diwujudkan dengan tujuan mendidik kita semua supaya lebih bersopan di jalanraya... dalam kehidupan kite ada haram, halal, sunat, makruh dan harus. tujuannya adalah untuk mendidik supaya sentiasa melakukan kebaikan untuk meraih rahmat Syurga Allah...

Moga-moga semua selamat di jalanraya, esok aku and family akan bertolak balik ke Melaka... Rindunya kat family in law, lame dah tak jumpa... harap-harap selamat sampai dan tak kena saman, hehehe...

Syukur kepada-Mu ya Allah...

Tanpa disedari, hari ini usia aku semakin menginjak kepada 30 tahun... Maknanya, sudah 30 tahun aku merasai nikmat yang diberikan-Mu kepadaku... dan selama 30 tahun jugalah aku merasai nikmat keamanan di Malaysia.

Sungguh agung kurniaan-Mu Ya Allah... Melalui sebuah kerajaan yang amat bertanggungjawab, maka aku, keluargaku dan seluruh rakyat Malaysia dapat hidup aman dan tenteram. Malah, semua kaum dapat menjalankan aktiviti kebudayaan masing-masing tanpa sebarang masalah...

Apa yang mlebih membuatkan aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah, melalui kerajaan sedia ada sekarang, Islam berkembang dengan pesat dan dapat diamalkan tanpa sebarang tekanan.

Namun mengapa terdapat pihak yang bagaikan tidak bersyukur dengan segala nikmat yang telah dinikmati selama ini, malah ada yang menyatakan kerajaan yang ada zalim tidak berperikemanusiaan... terdapat juga pihak yang menuduh kerajaan yang ada juga sebagai kerajaan yahudi, sedihnya aku...

terlalu sedih...