Tuesday, 15 September 2009

Pasukan F1 Malaysia...

Bagi aku, berita ni amat mengejutkan...
Rasa terharu pun ada.
Sememangnya aku peminat Formula 1 (Ferari), akan tetapi dengan hadirnya pasukan dari negara aku sendiri aku akan lebih bangga. Walau tidak menang, sekurang-kurangnya aku bangga kerana aku rakyat Malaysia yang mempunyai pasukan F1 sendiri.

Cuma apa yang aku harapkan, biarlah pemandu yang dipilih nanti adalah orang Malaysia sendiri, kalau boleh Melayu. Aku yakin orang Melayu boleh. Aku pun berharap jugak, pihak kerajaan dapat memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati sendiri pengalaman memandu kereta F1 tuh... Mana tahu tetiba jek lahir satu bintang F1.

Tak sabar sungguh nak tengok camana rupa kereta tuh. Tapi, nape tak guna enjin CAMPRO?