Di negara kita, Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan kaum. Ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan pelbagai lagi. Dan Melayu adalah bangsa yang terbesar. Dan sejak dari tahun-tahun sebelum negara kita merdeka, orang Melayu adalah beragama Islam.
Namun, amat menyedihkan kini, apabila orang Melayu Islam sendiri yang telah melabelkan dan mengkelaskan saudara Melayu Islamnya dalam pelbagai label dan kelas. Ada yang mengatakan bahawa dia lebih Islam dari yang lain, ada yang mengkafirkan dan ada juga mengatakan bahawa orang yang menyertainya akan masuk syurga dan yang tak menyertainya tidak ke syurga.
Saudaraku!!!
Rasulullah S.A.W hanya menjamin 10 orang sahabatnya yang paling rapat dapat masuk syurga. Rasulullah tempatnya dah pun terjamin dalam syurga. Salah seorang sahabat baginda yang baginda jamin masuk syurga adalah Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
Kawan-kawan,
Rasulullah sendiri mengibaratkan iman Saidina Abu Bakar As-Siddiq jika ditimbang dengan iman keseluruhan umat Islam di dunia ni, iman Saidina Abu Bakar As-Siddiq lebih berat. Bayangkan kawan-kawan, Saidina Abu Bakar As-Siddiq hanya seorang, tapi iman beliau lebih berat, akan tetapi, adakah Saidina Abu Bakar As-Siddiq berani untuk menghukum seseorang Islam itu kafir, seseorang itu boleh masuk syurga atau tidak.
Aku sedih, terlalu mudah umat Islam di Malaysia terpengaruh dengan fatwa-fatwa yang amat mengelirukan malah orang yang mengeluarkan fatwa itu dianggap sebagai rujukan.
Kita memang terlalu sensitif apabila sesuatu yang berkaitan dengan agama Islam yang kita cintai disentuh. Tanpa kita sedari, kita langsung tidak cuba memperbaiki keadaan, kita langsung tidak memberi teguran dengan cara yang cukup berhemah. Akan tetapi ada dikalangan kita yang menggunakan kesilapan pihak lain untuk menjatuhkan sesuatu pihak supaya mendapat kuasa. Itukah tanggungjawab kita.
Ingatlah saudaraku!!!
Kalau kita tidak bersyukur, maka azab Allah S.W.T amatlah pedih...